Thursday, April 2, 2009

Tukar hak milik kereta

Nasib baik aku cuti 2 hari..dapat la jugak settlekan hal tukar nama geran keta ni..
utk aku yg takde experience ni mmg terkial2 la..pegi sini sana sbb tak tau procedure..
so entry kali ni aku nak share experience aku supaya org lain takde la jadi mcm aku..

1) benda pertama yg korang kena buat ialah check insurance keta tu..bwh nama korang ke or nama org lain..mcm kes aku, insurance tu nama arwah bapak aku..so aku tepon je la agen suh tukarkan ke nama aku..procedure ni kena charge lam 10/20 inggit je..
sila buat awal2..sbb utk system update ke JPJ amek sekurang2nya 1 jam..make sure korang call agen sehari sebelum utk mengelakkan kekeliruan dan sakit hati.
dan jangan lupa jot down apa no polisi insuran korang...

2)lepas tu pegi puspakom..bawak keta yg korang nak tukar nama geran tu untuk pemeriksaan. procedure ni korang kena bayar RM30.
lepas dah settle tu..puspakom akan bagi korang report (dalam kertas la..)
so bwk pegi JPJ

3)Masa pegi JPJ ni lagi elok kalau korang bwk:
a)pen
b)gunting
c)gam

benda penting yg kena bwk:
1)surat kuasa/ wasiat or apa2 letter yg mengatakan yg korang ada kuasa ke atas kenderaan tersebut.

2)salinan kad pengenalan --yang ni kena gunting dan tampal atas borang.

3)report dari puspakom

4) geran asal

nanti dia akan bagi borang utk korang isi..

pastu queue utk submit borang..dengan JPJ pulak korang kena bayar 100/-.nanti staf JPJ tu akan update system and print atas geran tersebut..dia akan pulangkan geran asal pada korang..sbb nama korang akan ditambah pada satu section dalam geran yg sama..(so jangan gelabah kalau korang tak dapat geran baru...eheheh)

3 comments:

NisSaThanin said...

hi jane, tgh browse nk cari maklumat pasal tukar hak milik kereta and end up kt ur blog..nway, nak tanya...xyah uruskan ke amanah raya ke???mane nak dpt surat kuasa tu??

Jane Lee said...
This comment has been removed by the author.
Jane Lee said...

sori..tak perasan plak ader comment ..selalunya surat kuasa ni dapat kat pejabat tanah..biasanya semua harta bwh milik si mati ni akan di masukkan dalam surat kuasa ni...sekali ngan tanah yg atas nama dia.. kalau you dah pegi bicara kat pejabat tanah, surat ni gerenti dah keluar...sbb i dapat surat kuasa ni masa bicara harta peninggalan arwah abah i ...Things will only get complicated kalau you takde siblings lelaki..macam i, my siblings semua perempuan..so i kena dapatkan cop majestrit all my uncles and aunties pada satu borang ni (which i cannot recall what form.sorry.:p) saying derang nak atau tak any portion of the harta peninggalan arwah..lepas pada tu baru masuk bicara..baru boleh keluar surat kuasa tu..

Hope This helps!

 
Header Image by Colorpiano Illustration